Abstrak
Etika Eudaimonia yang dicoretkan oleh Aristoteles merupakan salah satu tatanan teori utama dalam falsafah moral yang menjadi “patokan” bahawa eudaimonia atau kebahagiaan merupakan matlamat tertinggi kehidupan manusia. Berbeza daripada kebahagiaan yang berasaskan keseronokan atau kepuasan material, eudaimonia merujuk kepada kehidupan yang baik melalui pembentukan karakter mulia dan pengamalan kebajikan secara berterusan. Kajian ini bertujuan menganalisis konsep eudaimonia sebagai matlamat kehidupan menurut Aristoteles, menjelaskan hubungan antara kebajikan moral, kebajikan intelektual dan konsep Golden Mean dalam pembentukan kehidupan yang baik, serta menilai kerelevanan Etika Eudaimonia dalam konteks kehidupan masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif melalui analisis teks terhadap Nicomachean Ethics serta analisis literatur daripada artikel jurnal, buku akademik dan sumber ilmiah yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian eudaimonia bergantung kepada pembentukan kebajikan moral, penggunaan kebijaksanaan praktikal (phronesis) serta pengamalan prinsip kesederhanaan melalui konsep Golden Mean. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa prinsip-prinsip Etika Eudaimonia masih relevan dalam menghadapi cabaran kontemporari seperti pembentukan sahsiah, integriti, kesejahteraan diri dan pembuatan keputusan secara beretika. Kesimpulannya, Etika Eudaimonia Aristoteles bukan sahaja mempunyai nilai falsafah yang signifikan, malah terus menjadi panduan yang relevan dalam membentuk individu yang berakhlak, rasional dan bertanggungjawab demi mencapai kehidupan yang bermakna.
Pendahuluan
“Kebahagiaan adalah kebaikan utama yang terbesar dan terbaik”
Artikel ini membicarakan mengenai “Etika Eudaimonia” sudah pasti ia menjadi pembahasan yang cukup ‘menggigit’ dan ‘mematok’ dalam ranah falsafah. Aristoteles menjadikan tiga pilar utama kebahagiaan, yakni kehidupan, kebajikan, dan kesenangan. Jadinya, kebahagiaan ini juga sering terkait dengan kehidupan seharian, yakni politik kehidupan fiosofis dan kehidupan hedonism (Melnikov, 2023). Justeru, jika pilihan yang diambil yang terakhir maka ia juga adalah mengidentifikasi hakikat, kualiti, dan sumber kenikmatan. Dengan itu, pertanyaan mendasar juga akan muncul seberapa jauh kenikmatan yang disumbangkan? Jelaslah, di sini Aristoteles menawarkan ‘harta karun’ informasi mengenai makna kebahagiaan. Namun, hidup ini juga mempunyai kebahagiaan di antaranya hidup yang dihabiskan dalam seni yang rendah, atau perdagangan, atau pekerjaaan kasar, tidak mengklaim sebagai kehidupan yang berhasil, melainkan hanya jika dijalani untuk keperluan (Amaral, 2022).
Jika ditilik selintas, ada tiga (3) hal yang boleh diperhitungkan dalam ranah kehidupan yakni, kebajikan, kebijaksanaan, dan kesenangan. Dalam masa yang sama, seorang filsuf akan mengabdikan hidupnya kepada kebijaksanaan dan perenungan terhadap kebijakan. Anaxagoras dari Clazomenae pernah ditanya siapa orang paling bahagia? Bukan seseorang yang anda kira, “jawabnya, melainkan seseorang yang akan tampak aneh bagi anda” (Melnikov, 2023). Ia juga memberikan jawapan ini kerana dapat memahami bahawa orang yang mengajukan pertanyaan itu berfikir mustahil bagi seseorang untuk disebut bahagia kecuali ia hebat dan rupawan atau kaya. Dari apa yang dikatakan, dapatlah bahawa setiap orang akan mengaitkan kebahagiaan dengan kehidupan, yakni kehidupan filosofis, kehidupan hedonistik, dan kehidupan politik.
Jika kita mengutamakan yang terakhir, tiada masalah untuk dalam mengidentifikasi hakikat, kualiti dan sumber yang dikumandangkan yang berkaitan dengan tubuh. Pertanyaannya yang mendasar dan sederahana, seberapa jauh kenikmatan tersebut berkontribusi pada kebahagiaan. Misalkan kehidupan yang mulia memang harus dikaitkan dengan kenikmatan-kenikmatan tertentu. Justeru, yang perlu ditanyakan adalah apakah kenikmatan-kenikmatan jasmani inilah yang harus dikaitkan dengan kebahagiaan (Veenhoven, 1984). Tidak diragukan lagi orang yang bahagia harus berbagi kebahagiaan tersebut dengan satu atau lain cara. Pertama-tamanya, harus mempertimbangkan kebajikan dan kebijaksanaan, dan menemukan hakikat dari hal tersebut. Apakah keduanya merupakan bahagian dari kehidupan yang baik, baik secara terpisah mahupun perilaku yang ditimbulkannya? Lagi pula, meskipun tidak semua orang mengaitkannya dengan kebahagiaan para filsuf mengaitkannya dengan kebahagiaan (Gurtler, 2003).
Secara sederhana, sosok Aristoteles ini membahaskan tiga (4) inti-inti dan bumbu-bumbu yang menjadi pembahasan ini, yakni keberanian, keadilan, dan kesederhanaan Kebahagiaan ini sering juga dapatlah dikatakan bahawa kebahagiaan itu haruslah dipertimbangkan kebajikan dan kebijaksanaan serta menemukan hakikat dari kedua hal tersebut. Salah satu pahlawan ‘akal’ dalam ranah falsafah, yakni Socrates percaya bahawa tujuan hidup adalah untuk kebajikan, dan dia selalu bertanya apa itu keberanian? apa itu keadilan? Jadinya, ini merupakan cara masuk akal untuk maju (Angela & Angela, 2025). Bagi Aristoteles kebaikan yang utama adalah kebaikan itu sendiri, dan kebaikan itu sendiri mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Melalui kehadirannya, menyebabkan kebaikan bagi semua hal baik lainnya. Kedua-dua sifat ini yang saya maksudkan sebagai sifat pertama dari segala kebaikan, dan melalui kehadirannya ini diklaim termasuk dalam idea tentang kebaikan (Madi, 2025) .
Bagi Aristoteles, kebahagiaan tidak layak dipuji kerana hal-ha itu mengarah ke arah kebahagiaan. Hal ini juga kerana ia merupakan bahagian dari kebahagiaan. Jadi, ucapan selamat, pujian dan penghargaan adalah hal yang berbeza. Penghargaan diberikan atas tindakan tertentu yang dilakukan seseorang pujian yang diberikan kerana seorang memiliki karakter kebajikan tertentu dan ucapan selamat berkaitan dengan tujuan akhir, yakni kebahagiaan (Vasiliou, 2025). Selain itu, Aristoteles, kebajikan ini dijadikan dua pilar, yakni kebajikan moral dan kebajikan intelektual. Justeru, kepujian juga bukan kepada orang yang adil tetapi untuk orang yang cerdas dan memiliki pemahaman yang mendalam. Jadinya, tindakan-tindakan dan keadaan-keadaan yang dihasilkan walaupun bukan atas usaha sendiri, ia juga dikira sebagai kebajikan moral. Jika ditilik selintas, kebajikan moral ini juga terkait dengan bahagian jiwa yang irasional tetapi secara alam patuh kepada bahagian jasmani. Sebagai contoh, ketika kita mengatakan orang itu cerdas dan memiliki pemahaman yang tinggi, kita tidak sedang menggambarkan karakternya, seperti kita menggambarkan dia punya intelektualnya (Fiecconi, 2024).

Selepas itu, kebajikan moral apa yang harus dilakukan adalah menyelidiki kebajikan moral, apa sebenarnya kebajikan moral itu, apa saja bahagian-bahagiannya, yang pada dasarnya sama dengan mengetahui hakikatnya dan bagaimana cara membentuknya. Seperti dalam hal-hal lain, semua peneliti memulai dari sesuatu yang sudah tersedia, jadi dalam penyelidikan ini, haruslah dimanfaatkan pernyataan-pernyataan yang benar meskipun belum dijelaskan secara jelas dan benar. Justeru, di sini diasumsikan bahawa kondisi terbaik adalah hasil dari hal-hal yang terbaik, dan bahawa dalam setiap kegiatan, tindakan terbaik adalah perwujudan dari kebajikan yang sesuai dengan bidang tersebut (Rodrigue, 2016). Sebagai contoh, kesihatan fizik dihasilkan oleh usaha dan makanan terbaik, dan usaha terbaik seseorang adalah pengungkapan dari kesihatan fizik itu sendiri. Selanjutnya, di sini boleh diasumsikan bahawa hal dalam kesihatan. Hal ini bolehlah ditelusuri bahawa kesihatan, boleh juga rosak melalui makanan, aktiviti fizik, dan iklim. Hal ini cukup jelas terlihat dari pengalaman induksi Dandi, A. P. (2023).
Metodologi
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif yang memberi penekanan kepada analisis teks falsafah dan interpretasi literatur. Analisis teks dijalankan terhadap karya utama Aristoteles, iaitu Nicomachean Ethics, dengan memberi tumpuan kepada konsep-konsep asas seperti eudaimonia, kebajikan moral (moral virtues), kebajikan intelektual (intellectual virtues), Golden Mean, dan phronesis (kebijaksanaan praktikal) bagi memahami pemikiran Aristoteles tentang kebahagiaan serta pembentukan akhlak sebagai asas kehidupan yang baik (Fordino & Fordino, 2025). Selain itu, kajian ini turut menggunakan analisis literatur terhadap artikel jurnal, buku akademik dan sumber ilmiah yang membincangkan Etika Eudaimonia untuk menghuraikan perkembangan tafsiran serta aplikasi pemikiran Aristoteles dalam bidang falsafah moral. Perbandingan pandangan para sarjana juga dilakukan bagi memperkukuh perbincangan tentang konsep-konsep utama yang diketengahkan. Di samping itu, kajian ini menilai kerelevanan Etika Eudaimonia dalam konteks kehidupan masa kini dengan mengaitkan prinsip-prinsip kebajikan Aristoteles terhadap isu-isu semasa seperti pembentukan sahsiah, integriti, kesejahteraan diri dan cabaran membuat keputusan secara beretika dalam masyarakat moden (Emiewo & Idoko, 2025).
Kebajikan sebagai Jalan Tengah (Golden Mean)
Di sini Aristoteles menyajikan jalan tengah yang mana ia terlalu berlebihan atau berkurangan. Di sini, dapatlah dikatakan bahawa dalam tradisi Islam juga, memperkenalkan konsep jalan tengah Al-Wasatiyyah yang mana ia berpatokan kepada seluruh hidup manusia yang terus berhubungan dengan Tuhan manakala bagi sosok Aristoteles pula adalah berpaksikan kepada moral individu. Justeru, setiap kesinambungan kelebihan dan kekurangan ini menjadi satu ‘patokan’ untuk mencapai kebahagiaan yang tertinggi. Alhasil, jalan tengah ini juga akan menjadi ‘puncak’ yang terbaik yang ditentukan oleh pengetahuan dan akal sihat. Walaupun konsep ini pada dasarnya mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi ia juga mempunyai satu tatanan makna yang jelas. Kedua-dua konsep ini amat menekankan pijakan-pijakan dan suntikan-suntikan keseimbangan dalam ranah kehidupan sekaligus menolak sikap melampau dalam kehidupan.
Walaupun pada dasarnya konsep Golden Mean yang diperkenalkan oleh Aristoteles ini mudah menjadi “patokan”, pelaksanaannya dalam kehidupan moden bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini juga kerana setiap individu akan berhadapan dengan latar belakang, budaya, pekerjaan dan cabaran hidup yang berbeza dalam ranah kehidupan. Sebagai contoh, dalam era media sosial, seseorang sering terdorong untuk menunjukkan kehidupan yang berlebihan demi mendapatkan pengiktirafan masyarakat. Dalam keadaan ini, konsep jalan tengah menjadi semakin relevan kerana ia mengajar manusia supaya tidak terjebak dalam sikap melampau sama ada terlalu mengejar populariti ataupun mengasingkan diri daripada masyarakat. Oleh itu, kebijaksanaan praktikal (phronesis) amat diperlukan bagi menentukan tindakan yang sesuai mengikut situasi.

Kebajikan adalah jenis keadaan yang tindakan terbaik, dan lebih condong ke arah hal-hal yang baik. Tidak dapat dipungkiri, kebajikan jalan tengah ini adalah paling sesuai dengan penalaran bahkan ia juga menjadi jalan tengah antara kelebihan dan kekurangan, relatif terhadap diri sendiri. Setiap kebajikan jalan tengah ini menjadi keadaan yang seimbang tidak terlalu berlebihan dengan kenikmatan dengan cara yang seimbang dalam menghadapi kenikmatan dan penderitaan, serta hal-hal yang menyenangkan dan menyakitkan. Keadaan jalan tengah ini juga kadang-kadang menjadi dalam kenikmatan yang berlebihan atau berkurangan. Misalnya, berlaku penderitaan dan terkadang dalam hal yang menyenangkan dan seseorang yang berlebihan dalam kesedihan adalah orang yang berlebihan dalam hal yang menyakitkan. Berikutnya, dalam bahagian tubuh, kelebihan dalam berolahraga lebih menyihatkan dan lebih dekat dengan titik tengah daripada kekurangan sedangkan dalam hal diet, justeru kekurangan (makan lebih sedikit) yang lebih menyihatkan dibanding kelebihan. Sejalan dengan itu, keadaan yang mengatur pilihan yang tepat dalam pilihan akan lebih atau kurang sihat tergantung pada bidang pilihan yang dimaksudnya adalah dalam satu bahagian tersebut, yang lebih sihat adalah orang-orang yang terlalu bersemangat dan dalam bahagian lain, yang lebih sihat adalah mereka yang lebih menahan diri.
Orang yang bertentangan dengan titik tengah dan penalaran yang benar akan dalam satu bahagian adalah orang yang pemalas dan dalam tubuh bahagian lain adalah yang orang menuruti hawa nafsu. Hal ini terjadi kerana sifat tersebut sejak awal tidak selalu berada pada jarak yang sama dari titik dan terlalu bernafsu dalam hal kenikmatan diri sendiri. Hal ini juga akan berlaku sama jiwa yang mana ia menganggap ekstrem yang paling mungkin menjadi kesalahan kita dan kesalahan kebanyakan orang. Maka dari itu, melawan kemarahan dengan kelembutan, dan menyebut orang yang mudah marah sebagai lawan dari orang yang lembut. Meskipun demikian, jika ditilik dapatlah dikatakan bahawa memang ada juga yang bentuk kelebihan dalam hal yang bersikap lunak dan pemaaf, yakni tidak marah bahkan ketika dipukul. Namun, sangat jarang menemukan orang sebegitu untuk berbuat demikian kerana manusia juga cenderung ke arah sebaliknya, kerana elemen semangat dalam diri kita bukanlah pengampu.
Kebajikan Moral dari Perspektif Keberanian
Keberanian juga merupakan salah satu ‘nadi’ dalam kebajikan yang mana ianya menjadi perhatian puncak dalam keberanian dan ketakutan. Jelaslah bahawa orang yang memiliki ciri-ciri nekad ini mempunyai kebenaran dalam sesuatu seperti mana yang disebut demikian orang yang kurang takut daripada yang seharusnya dan lebih berani dari seharusnya. Bagi si pengecut pula ianya dapat dikatakan bahawa lebih takut sebelumnya dan kurang berani daripada yang seharusnya. Istilah ‘menakutkan’ seperti halnya ‘menyenangkan’ dan ‘baik’ digunakan secara yang berbeza. Justeru, ada hal-hal yang menyenangkan atau baik bagi individu tertentu, tetapi secara objektif tidak demikian, melainkan sebaliknya jahat dan tidak menyenangkan, jahat seperti hal-hal yang dianggap bermanfaat oleh orang jahat atau menyenangkan hanya kerana sifat kekanak-kanakan anak-anak. Demikian pula, ada juga beberapa hal secara objektif memang menakutkan dan yang lain menakutkan bagi individu tertentu, tetapi secara objektif tidak demikian, melainkan sebaliknya.
Jika ditilik selintas, secara akar etimologi dalam bahasa Yunani kata untuk berani dan nekad berasal dari kata yang sama. Justeru, kondisi antara nekad dan pengecut adalah keberanian, kerana itulah keadaan yang terbaik. Dengan itu, ada persoalan orang berani tidak sama sekali hal yang menakutkan. Apakah ia tidak mampu merasa ketakutan? Apakah ia tidak menunjukkan orang kerana bertindak sebagaimana ia berada di posisi tengah (jalan tengah). Hal ini juga menunjukkan ia bersikap berani dan takut sebagaimana akal memerintahnya. Dalam masa yang sama, keberanian ini juga menjadi lima (5) tipologi yang dikumandangkan oleh sosok Aristoteles, yakni;
- Keberanian Sivik : Keberanian sipil ini dipandukan melalui rasa malu, maruah atau yang berkait dengan suatu masyarakat khusunya pandang hina. Ia bertindak berani ingin mengekekalkan kehormatan, imej dan lain-lain lagi.
- Keberanian berdasarkan Pengalaman (Militer) : Keberanian ini pula boleh ditelusuri melalui pengetahuan dan pengalaman bukan pengetahuan tentang bahaya itu sendiri.
- Keberanian kerana Kejahilan (Kurangnya Pengetahuan dan Pengalaman) : Hal itu membuat orang gila siap menghadapi apapun yang berlaku kerana ia tidak mengetahui perkara yang sebenar. Dengan itu, kurangnya pengetahuan dan pengalaman menyebabkan ia memandang ringan risiko yang ia bakal hadapi.
- Keberanian kerana Harapan (Ekspresi dan Harapan) : Hal ini juga membuat orang menghadap bahaya, jika mereka telah berapa kali lolos dari bahaya. Pengalaman yang ‘ringan’ ini juga menujukkan bahawa mereka akan semakin yakin dan akan merasa selamat sekali lagi jika mereka melakukannya lagi.
- Keberanian kerana Emosi (Muncul dari Hasrat Irasional) : Keberanian ini akan mucul ketika seorang itu bertindak melalui emosi yang kuat, seperti nafsu, cinta, dan marah. Misalnya, cinta atau kemarahan seorang pria yang nekad atau spontan lebih nampak berani daripada seorang pengecut untuk mendapatkan cinta tersebut atau kemarahan yang ia lakukan.
Walau bagaimanapun, keberanian menurut Aristoteles ini juga tidak boleh disalahertikan sebagai tindakan yang dilakukan tanpa pertimbangan. Dalam konteks masyarakat masa kini, terdapat individu yang menganggap tindakan berisiko sebagai lambang keberanian sedangkan ia sebenarnya merupakan kenekatan. Sebagai contoh, menyebarkan maklumat yang belum disahkan di media sosial atau melakukan aksi berbahaya demi populariti bukanlah keberanian yang sebenar. Sebaliknya, keberanian yang sejati memerlukan pertimbangan akal, tanggungjawab moral serta kesanggupan menerima akibat daripada setiap tindakan.

Kemurahan Hati dan Kebanggaan sebagai Keberanian Moral
Jika diamati dengan saksama, kebanggaan, kemegahan, dan kemurahan hati juga merupakan satu jalan tengah dalam ranah kehidupan. Kemurahan hati adalah jalan tengah dalam hal memperoleh dan membelanjakan kekayaan. Seseorang yang merasa terlalu senang dalam setiap perolehan, dan terlalu menderita setiap kali mengeluarkan wang. Hal ini juga disebut sebagai orang yang kedekut, sementara orang yang kurang memiliki perasaan ini, dikenali sebagai boros. Alhasil, ia juga merasakan kedua-duanya seimbang, iaitu senang sewajarnya saat mendapatkan, dan tidak terlalu berat hati saat membelanjakan, adalah orang yang murah hati. Jika dipersudutkan dari dua karakter, dapatlah dikatakan bahawa ia juga menunjukkan kelebihan dan kekurangan kerana agak berbeza antara satu sama lain. Jadinya, di situ pasti ada titik tengah, dan titik tengah itu adalah yang terbaik, maka kemurahan hati tentu saja harus menjadi jalan tengah antara keborosan dan kedekut dalam hal memperoleh dan membelanjakan kekayaan.
Mengenai kebanggaan, dapatlah didefinisikan sebagai suatu sifat khususnya sifat-sifat yang dikaitkan dengan orang yang bangga. Ketika dua keadaan ini sangat mirip dan berdekatan, maka perbezaaan lebih lanjut di antara keduanya sering kali tidak terlihat. Hal ini terjadi bukan hanya berlaku dalam peristiwa kebanggaan, tetapi juga dalam perpesktif yang lain. Misalnya, karakter-karakter yang sebenarnya bertolak belakang justeru mengklaim sifat yang sama, orang yang boros mengaku dirinya dermawan, orang yang kasar dan tidak ramah mengaku dirinya ramah, dan orang yang nekad mengaku berani. Apabila kita membicarakan tentang orang bangga, sudah pasti ia sesuai dengan asal usul kata sifat Yunani yang sesuai. Jika ditilik, ia adalah orang yang memiliki kebesaran jiwa dan kemampuan tertentu, sehingga ia tampak seperti orang ramah dan luhur dalam tindakan. Rasa bangga juga tampak menjadi suatu ‘patokan’ kepada kebajikan, kerana ia dapat membezakan kebaikan besar dan kecil adalah sesuatu yang patut dipuji.
Keadilan
Kita melihat bahawa setiap orang memahami keadilan sebagai satu karakter yang membuat orang cenderung untuk melakukan hal-hal yang adil. Jadi secara umum, dapatlah dikatakan bahawa istilah makna ‘ambigu’, ini istilah lawannya adalah juga adalah ‘adil’. Keadilan juga adalah jiwa-jiwa yang membuat seseorang melakukan tindakan-tindakan adil secara sedar dan sukarela serta membuat pembahagian yang baik antara dirinya dan orang lain, mahupun antara pihak ketiga. Sebaliknya, jika keadilan ini berhubungan dengan apa yang tidak adil dan kekurangan dalam hal yang menguntungkan atau merugikan yang melanggar proposisi.
Kebajikan Intelektual
Ada tiga hal dalam jiwa yang mengendalikan tindakan dan kebenaran, penginderaan, akal, dan hasrat. Kata Yunani, untuk pengendalian diri adalah “swphrosune”. Kata ini menunjukkan bahawa pengendalian diri adalah penjaga dari kebijaksanaan praktik (swzousn len phronesin). Kebijaksaan ini boleh dilihat di mana ia adalah orang yang bijaksana merupakan kemampuan untuk mempertimbangkan dengan baik tentang baik yang baik dan bermanfaat bagi dirinya sendiri. Kebijaksanaan adalah kemampuan yang rasional dan benar untuk bertindak dalam lingkup-lingkup hal yang baik bagi manusia. Seseorang boleh mahir dalam seni tapi tidak dalam kebijaksanaan. Lagi pula, dalam seni seorang yang berbuat salah secara sengaja, lebih baik daripada seseorang yang berbuat salah kerana tidak tahu tetapi tidak dengan hal dengan kebijaksanaan seperti hal kebajikan yang lain.
Dalam dunia yang kian makin moden dan canggih ini, dapatlah dikatakan bahawa konsep keadilan Aristoteles masih mempunyai nilai yang tinggi khususnya dalam bidang pendidikan, perundangan dan pentadbiran. Sesebuah keputusan yang adil bukan sahaja mengambil kira hak individu tetapi juga kepentingan masyarakat secara keseluruhannya. Oleh itu, keadilan bukan sekadar mematuhi undang-undang, malah menuntut seseorang bertindak secara rasional, berintegriti dan bebas daripada kepentingan peribadi.
Kerelevanan Etika Eudaimonia dalam Kehidupan Kontemporari
Walaupun Etika Eudaimonia memberikan panduan moral yang komprehensif, terdapat juga beberapa batasan yang perlu dipertimbangkan. Aristoteles menekankan bahawa kebahagiaan dapat dicapai melalui pembentukan kebajikan dan penggunaan akal secara rasional. Namun demikian, realiti kehidupan menunjukkan bahawa faktor luaran seperti kemiskinan, ketidaksamaan sosial, konflik serta masalah kesihatan turut mempengaruhi keupayaan seseorang untuk mencapai kehidupan yang sejahtera. Oleh sebab itu, konsep eudaimonia perlu difahami secara lebih fleksibel agar dapat disesuaikan dengan cabaran masyarakat masa kini tanpa mengabaikan prinsip asas yang diketengahkan oleh Aristoteles.
Aristoteles mengemukakan Etika Eudaimonia sebagai jalan menuju kebahagiaan, tidak semua individu mempunyai peluang yang sama untuk mencapainya. Faktor seperti kemiskinan, ketidaksamaan sosial, konflik dan masalah kesihatan boleh membataskan kemampuan seseorang mengamalkan kebajikan secara optimum. Oleh itu, pencapaian eudaimonia bukan sahaja bergantung kepada usaha individu, tetapi turut dipengaruhi oleh keadaan sosial dan persekitaran yang menyokong perkembangan moral seseorang.
Falsafah Aristoteles lahir lebih dua ribu tahun yang lalu, konsep eudaimonia ini juga masih relevan dalam kehidupan masyarakat moden. Pada hari ini, ramai individu mengaitkan kebahagiaan dengan kekayaan, populariti dan kejayaan material. Namun demikian, Aristoteles menegaskan bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah bergantung kepada faktor luaran semata-mata tetapi dicapai melalui pembentukan karakter yang baik dan pengamalan kebajikan secara berterusan. Dalam konteks ini, nilai seperti kejujuran, kesederhanaan, keberanian dan keadilan masih menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang sejahtera. Oleh itu, Etika Eudaimonia bukan sahaja mempunyai nilai falsafah, malah berfungsi sebagai panduan praktikal dalam menghadapi cabaran kehidupan abad ke-21.
Refleksi
Akhirul kalam, setelah menerokai pemikiran Aristoteles dalam Etika Eudemia, dapatlah dikatakan bahawa konsep kebahagiaan itu bukan sekadar hanya seronok tetapi ia menjadi ‘patokan’ dalm keadaan jiwa yang stabil berpandukan akal dan kebajikan. Hal ini juga membuat saya berasumsi, adakah saya bahagia mengejar kebahagiaan yang sementara atau membina kehidupan yang lebih bermakna yang berkekalan? Kebahagiaan juga bukan sekadar menjaga kebajikan tetapi ia juga perlu displin dalam setiap tanggunjawab yang disaluti dengan kejujuran agar kebahagiaan itu bukan hanya sekadar garda teori tapi menjadi ‘roda’ praktik dalam kehidupan. Masaka tidak, dengan ‘jalan tengah’ yang didendungkan ini membawa suatu tatanan makna dalam keseimbangan yang mana ia tidak terlalu ekstrem dalam tindakan atau emosi. Alhasil, Etika Eudemia bukan sekadar teori falsafah yang tinggi tetapi ia menjadi panduan praktikal untuk membina kehidupan yang lebih. Oleh itu, saya ambil petikan dari Epicurus yang bernada “Falsafah, bagi Epicurus, bukan sekadar permainan logika atau teori yang melangit, tetapi sebuah ubat jiwa”.
Rujukan
- Amaral, A. M. (2022). Life forms and deliberate choice in Aristotle’s teleological ethics. Journal of Teleological Studies, 1(1), 1–18. https://doi.org/10.59079/jts.v1i1.177
- Angela, A., & Angela, A. (2025). Comparison of the rational concepts of the philosopher Ibn Bajjah and the philosopher Aristotle. AJIRSS Asian Journal of Innovative Research in Social Science, 4(2), 132–136. https://doi.org/10.53866/ajirss.v4i2.1027
- Aristotle. (1992). Eudemian ethics (M. Woods, Trans.). Clarendon Press. (Original work published ca. 4th century BCE)
- Aristotle. (2002). Nicomachean ethics (J. Sachs, Trans.). Focus Publishing. (Original work published ca. 4th century BCE)
- Dandi, A. P. (2023). Nilai-nilai etika Aristoteles dalam mewujudkan perdamaian manusia Indonesia. Lumen Veritatis, 14(2). https://doi.org/10.30822/lumenveritatis.v14i2.2307
- Fiecconi, E. C. (2024). Rational and non-rational cognitive faculties. In Rational and non-rational cognitive faculties (pp. 13–34). Oxford University Press. https://doi.org/10.1093/oso/9780198886846.003.0002
- Fordino, A., & Fordino, A. (2025). Kepemimpinan berbasis kebajikan dalam perspektif Etika Nikomakea Aristoteles. Jurnal Kybernan, 16(1), 1–10. https://doi.org/10.33558/kybernan.v16i1.10835
- Gurtler, G. M. (2003). The activity of happiness in Aristotle’s ethics. The Review of Metaphysics, 56(4), 801–834.
- Madi, H. I. (2025). Good as a universal philosophical category: The meaning of positive moral and ethical qualities. Naukove Pìznannâ. Metodologìâ Ta Tehnologìâ, 2, 126–132. https://doi.org/10.24195/sk1561-1264/2025-2-15
- Melnikov, S. (2023). Aristotle’s ethics. Filosofskaâ Antropologiâ, 9(2), 250–266. https://doi.org/10.21146/2414-3715-2023-9-2-250-266
- Rodrigue, L. (2016). Modélisations de la vertu morale aristotélicienne. Methodos, 28(1), 93–103. https://doi.org/10.1163/24680974-02801006
- Ruth, E. O., & Idoko, S. I. (2025). Aristotelian ethics and moral development: A critical evaluation. International Journal of Research and Scientific Innovation, 12(8), 2268–2286. https://doi.org/10.51244/ijrsi.2025.120800205
- Vasiliou, I. (2025). Aristotle on happiness, being happy, and external goods. In Aristotle on happiness, being happy, and external goods (pp. 118–141). Oxford University Press. https://doi.org/10.1093/9780197645093.003.0006
- Veenhoven, R. (1984). The concept of happiness. In R. Veenhoven (Ed.), Conditions of happiness (pp. 12–38). D. Reidel Publishing Company. https://doi.org/10.1007/978-94-009-6432-7_2
- Ibn Katsir. (2000). Tafsir Ibn Katsir (J. Abualrub, N. Khitab, H. Khitab, A. Walker, M. Al-Jibali, & S. Ayoub, Trans.). Darussalam Publishers and Distributors.
- Imam Al-Ghazali. (2023). Psikologi sufi: Tangga suci menempuh jalan menuju ilahi: Dari psikologi filosofis, psikologi Islam, dan psikologi sufistik (A. K. Nafis, Trans. & Annot.).
- Khairunnisa, K., & Burhanuddin, N. (2024). Keseimbangan akal dan rasa dalam kesehatan jiwa: Tinjauan terhadap pemikiran Ibnu Miskawaih dalam Tahdzīb al-Akhlāq. YASIN, 4(6). https://doi.org/10.58578/yasin.v4i6.4164
- Madi, H. I. (2025). Good as a universal philosophical category: The meaning of positive moral and ethical qualities. Naukove Pìznannâ. Metodologìâ Ta Tehnologìâ, 2, 126–132. https://doi.org/10.24195/sk1561-1264/2025-2-15
- Maulani, H., Rohanda, R., Kodir, A., & Aladdin, A. (2025). A stylistic and semantic analysis of the word qalb in the Quran: Insights from the process of knowledge acquisition. Arabiyat, 12(2), 215–228.
- Masyfufah, S., & Syaifuddin, M. (2024). Pemikiran pendidikan Islam perspektif Ibnu Miskawaih. DIMAR: Jurnal Pendidikan Islam, 5(2), 37–50. https://doi.org/10.58577/dimar.v5i02.191
- Melnikov, S. (2023). Aristotle’s ethics. Filosofskaâ Antropologiâ, 9(2), 250–266. https://doi.org/10.21146/2414-3715-2023-9-2-250-266
- Mikaeil, A. H., Heravi, A. J., & Sirous, D. (2024). The intellectual foundations of Khwaja Nasir al-Din al-Tusi: A study of Akhlaq-i Nasiri and Tajrid al-I’tiqad. 2(4), 127–144. https://doi.org/10.61838/iki.2.4.11
- Nuroh, H. L., & Luthfi, A. A. I. (2024). Pembentukan nilai karakter mulia perspektif hadis. Al-Mu’tabar, 4(1), 103–127. https://doi.org/10.56874/almutabar.2024.v4i1/1876/5
- Othman, M. Y. (2009). Science, society and religion (Sains, masyarakat dan agama). Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
- Putri, Y., Nurhuda, A., & Ni’am, S. (2023). The concepts of Islamic education from the perspective of Ibnu Miskawaih. SABANA: Jurnal Sosiologi Antropologi dan Budaya Nusantara, 2(1). https://doi.org/10.55123/sabana.v2i1.1836
- Rassool, G. H. (2020). Cognitive restructuring of psychology: The case for a vertical and horizontal integrated, embedded curriculum model for Islamic psychology. Islamic Studies, 59(4), 477–494.
- Rodrigue, L. (2016). Modélisations de la vertu morale aristotélicienne. Methodos, 28(1), 93–103. https://doi.org/10.1163/24680974-02801006
- Rose, N. (1988). Inventing ourselves: Psychology, power, and personhood. Cambridge University Press.
- Rosenthal, F. (2007). Knowledge triumphant: The concept of knowledge in medieval Islam. Brill.
- Ruth, E. O., & Idoko, S. I. (2025). Aristotelian ethics and moral development: A critical evaluation. International Journal of Research and Scientific Innovation, 12(8), 2268–2286. https://doi.org/10.51244/ijrsi.2025.120800205
- Salam, A. M. I., & Huzain, M. (2025). Al-nafs dalam filsafat Islam: Kajian kritis terhadap pemikiran tentang jiwa. Deleted Journal, 5(1), 31–42. https://doi.org/10.56324/drs.v5i1.120
- Shofiyah, N., & Siregar, M. (2025). Pemikiran Ibnu Miskawaih tentang pendidikan Islam dan relevansinya dengan dunia moden. HRJIE, 1(1), 40–60. https://doi.org/10.61630/hrjie.v1i1.3
- Umam, K., & Yazidurrahma, A. (2024). The concept of human creation according to Islamic scholars as a criticism of homo economicus. Putih, 9(1), 39–54. https://doi.org/10.51498/51kd7m44
- Vasiliou, I. (2025). Aristotle on happiness, being happy, and external goods. In Aristotle on happiness, being happy, and external goods (pp. 118–141). Oxford University Press. https://doi.org/10.1093/9780197645093.003.0006
- Veenhoven, R. (1984). The concept of happiness. In R. Veenhoven (Ed.), Conditions of happiness (pp. 12–38). D. Reidel Publishing Company. https://doi.org/10.1007/978-94-009-6432-7_2
- Weni, W., Muspiarman, M., Fadriati, F., & Suryana, E. (2024). Hakikat manusia dan daya-daya ruhani. Jurnal Pengabdian Masyarakat dan Riset Pendidikan, 3(2), 45–55. https://doi.org/10.31004/jerkin.v3i2.350
- Yanto, M. (2025). Management in shaping akhlakul karimah according to the Qur’anic concept. Al Quds, 9(1), 177–188. https://doi.org/10.29240/alquds.v9i1.11243
Penulis 1 : Dr. Mohamad Azizie bin Nordin ialah seorang pensyarah di Jabatan Multimedia Kreatif & Komputeran UnIPSAS yang aktif dalam bidang penulisan dan penyelidikan falsafah serta kebudayaan.
Penulis 2 : Profesor Madya Dr. Saiful Akram bin Che Cob @ Ab Ghafar ialah seorang Profesor Madya, penyelidik, dan pensyarah kanan di UiTM.
Penafian : Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili AkalWahyu secara keseluruhan. AkalWahyu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan fakta, tafsiran, atau implikasi yang timbul daripada artikel ini. AkalWahyu menerbitkan artikel ini sebagai ruang wacana intelektual dan perbincangan idea.


