Keinginan, atau kemahuan, ada pada setiap orang dan bangsanya untuk menggerakkan diri untuk berusaha dalam suatu perjuangan dalam seharian. Berusaha sama ada dalam keadaan tenang mahupun tegang untuk memenuhi kemahuan diri, orang lain atau kedua-duanya sekali. Kemahuan itu terjadi apabila mengetahui suatu perkara itu ada manfaatnya yang boleh menyebar kepada diri orang, maka tidak hairanlah ramai orang teruskan hidup sehariannya kerana ada kemahuan yang mahu dicapai.
Allah SWT berfirman:
(Katakanlah,”setiap orang beramal menurut keadaannya masing-masing, maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang benar jalannya”.)
(QS Al-Isra:78)
Demikian ayat nyatakan, bahawa orang bekerja dalam seharian berdasarkan keadaannya seperti dari segi badan fizikal, keilmuan, yang boleh dipengaruhi oleh niatnya; kemahuannya. Bekerja di sini dimaksudkan adalah juga selain pekerjaan, seperti makan makanan, bermain suatu permainan bersama orang lain, juga mempelajari suatu ilmu untuk memenuhi kemahuan dari diri; berkaitan kerja untuk memenuhi keinginan. Keinginan memang boleh juga bermaksud hawa nafsu, tapi perkataan keinginan atau kemahuan digunakan lebih dalam sini, tidak terlalu khusus untuk menerangkan kedalaman suatu pemikiran dengan lebih luas.
Maka, ada orang berniaga iaitu menjual makanannya kepada orang ramai untuk mendapat pendapatan. Berusaha dengan banyak cara untuk memenuhi niatnya. Hasilnya boleh memberi manfaat kepada diri kalau digunakannya untuk kebaikan, tidak membiarkan rezeki sekadar ada sahaja. Juga seorang anak yang hendak menuntut ilmu bukan sekadar untuk jadi cerdik, tetapi juga untuk agamanya. Berdasarkan buku Rihlah Ilmu Imam Asy-Syafi’i, karya Islahee Muhammad Yousef, bahawa ketika Muhammad bin Idris (Imam Asy-Syafi’i r.a) sangat muda, beliau merayu kepada bondanya iaitu mengembara untuk mempelajari ilmu. Bondanya kemudian mengalirkan air mata. Muhammad lalu nyatakan bahawa kalau demikian buat bondanya resah, maka beliau batalkan hasratnya.
Tetapi bukan kerana bonda Muhammad risau anaknya mahu mengembara untuk menimba ilmu, tapi kerana terharu bahawa keinginan anaknya, adalah selari dengan impian dan doanya untuk anaknya. Maka, bonda Muhammad benarkannya dan berdoa agar anaknya dibimbing dengan kebenaran dan kebaikan.
Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan secara seluruhnya, namun kita boleh ambil hikmah dan pengajaran darinya bahawa suatu kebaikan itu didorong oleh kebaikan juga, iaitu keinginan yang benar. Dapat dibuktikan melalui suatu diri hamba Allah, seperti Rasulullah S.A.W, menyampaikan Al-Quran untuk seluruh umat manusia.
Kemahuan itu perlu disertai batas-batas syarak agama, tidak disertai dengan keburukan besar walaupun ada manfaatnya yang sedikit. Walaupun kalau orang mendapat untung besar daripada perniagaannya, kalau cara mendapatnya adalah dengan mencuri atau mengambil orang lain tanpa hak, maka untung itu sekadar kehidupannya, tidak untuk akhirat. Dalam QS Al-Baqarah kaitan Bani Israil:
Dan ketika Kami membuat perjanijan dengan kamu,”janganlah kamu saling menumpahkan darah (membunuh) antara kamu dan menghalau antara kamu dari rumah kamu, kemudian kamu berikrar dan menjadi para menyaksikannya. Kemudian kamu saling menumpahkan darah dan menghalau suatu puak dari kamu dari tempat tinggalnya; kamu pula saling menolong menentang mereka dengan dosa dan melampaui batas, dan jika mereka datang sebagai tawanan kepada kamu, kamu tebus mereka, sedangkan perbuatan menghalau itu diharamkan ke atas kamu. Apakah kamu beriman sebahagian kitab Taurat dan kufur sebahagiannya? Maka tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian di antara kamu melainkan kehinaan di kehidupan dunia, dan pada hari Kiamat, mereka dihantarkan kepada azab yang amat pedih, dan Allah tidak lalai akan apa yang kamu lakukan.
(QS Al-Baqarah:84-85)
Berdasarkan Tafsir Ibn Kathir, bahawa keturunan Bani Israil ada terdiri atas dua golongan: Bani Qainuqa, dan Bani Quraizah. Bani Qainuqa mempunyai teman sepakat iaitu kabilah Khazraj, dan Nadir, sedangkan teman sepakat bagi Bani Quraizah adalah kabilah Aus. Kabilah Aus dan Khazraj adalah orang-orang musyrik penyembah berhala, tidak mengetahui apa itu halal dan haram.
Apabila terjadi peperangan antara kabilah Aus dengan Khazraj, Bani Qainuqa memihak pada kabilah Khazraj, dan Bani Quraizah berpihak pada kabilah Aus. Masing-masing membela teman sepakatnya sehingga membunuh golongan yahudi mereka sendiri, walaupun orang yahudi dilarang saling membunuh menurut kitab mereka. Mereka juga menghalau mereka dari rumahnya. Apabila perang berhenti, golongan yahudi yang menang melepaskan tawanan dari kabilah yang kalah, menurut hukum Taurat. Maka itu sebab Allah berfirman, maksudnya,
”Apakah kamu beriman sebahagian kitab Taurat dan mengkufuri sebahagiannya?”.
Maka, kemahuan itu perlu selari dengan syarak agama secara seluruh, tidak sekadar sebahagian, walaupun keadaan hidup hakikatnya lebih kompleks dari sekadar penuhi dengan mudah.
Ada orang tidak mampu meneruskan suatu pekerjaan kerana tidak sesuai kemampuan dirinya dengan syarat pekerjaan itu. Juga orang yang tidak memiliki rezeki yang baik pada orang lain. Apakah itu bererti orang itu ditimpa nasib malang kerana tidak dapat memenuhi kemahuan baik?
Jawapannya sudah tentu tidak. Allah SWT tidak menzalimi hambanya walaupun sekecil zarah (berdasarkan QS Al-Isra). Telah banyak orang menghadapi perjuangan hidup, dan kemudiannya mendapat kebaikan setelah berusaha untuk kebaikan juga. Walaupun kalau suatu orang itu bukan melalui jalan kebiasaan orang ramai, dia boleh jadi mendapat kebaikan yang besar. Dia mungkin tidak seperti tokoh tokoh besar seperti ulama, khalifah, ilmuwan, atau sebagainya yang dilihat terhormat, tapi dengan jasa kebaikannya itu membantu orang lain untuk jadi lebih baik. Seorang tokoh itu ada setelah dapat manfaat daripada banyak orang biasa.
Demikianlah, kemajuan suatu peradaban masyarakat adalah besar dipengaruhi oleh kemahuan, dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Antara perkara yang boleh pengaruhi demikian adalah adab, ilmu, budaya, ekonomi, dan alam sekitar. Suatu anak di tempat yang biasa dengan beradab sopan, kemungkinan lebih cenderung menjadi sebahagiannya. Begitu juga dengan sebaliknya. Ia berkait dengan suatu hadis bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Maka, kalau kemahuan suatu masyarakat itu lebih cenderung kemajuan, hendak memajukan keadaan mereka ke arah lebih baik, adalah boleh jadi dipengaruhi oleh persekitaran yang bertoleransi kepada pelbagai budaya selagi dengan batas agama. Demikian, dengan adanya ilmu sains teknologi, kita dapat berhubung dari tempat yang jauh berbeza, dan ilmu seni, orang dapat menghayati suatu kehidupannya, tidak sekadar dasarnya, tapi juga dengan lebih halus, sopan pada orang dan haiwan lain serta alam sekitar, untuk mendapat manfaat yang besar.
Kemahuan itu memang cenderung kepada manfaat, yang boleh dalam kata lain: keindahan. Kita boleh ambil contoh dari luar Nusantara untuk hikmahnya, misal seni cat air dari Vincent Van Gogh, seorang lahiran Belanda, mempunyai cerita tragis latar belakangnya, beliau terkenal dengan karyanya iaitu “The Starry Night”, memperlihatkan suatu kampung pada waktu malam, dengan gaya seni yang unik, mempaparkan penekanan perasaan emosinya dengan keindahannya seninya. Penghayatan pada demikian boleh membuat orang menjadi lebih halus perasaannya, lebih peka pada keadaan sekitarnya termasuk manusia. Juga seorang pengkarya muzik tersendiri, lahiran Itali, namanya Piero Piccioni, antara karya muziknya “Amore mio aiutami”. Melodinya memiliki unsur kasih juga aman, mempengaruhi perasaan emosi pendengar. Dua pengkarya ini kemungkinan besar asing bagi generasi nusantara kini, tidak pernah didengar atau tahu karyanya, namun dengan keindahannya, ia boleh membuka kefahaman dan pandangan lebih luas mengenai keindahan ciptaan Allah SWT, juga tetap menghargai budaya sendiri yang baik isinya.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan hari, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, dan ketika duduk, juga ketika berbaring, berfikir tentang langit dan bumi, (lalu berkata),”Wahai Tuhan kami, tidaklah kamu menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.
(QS Ali Imran:190-191)
Maka, cabaran-cabaran pada abad kini dari segi golongan muda atau tua, individu atau masyarakat, adalah tidak kita melihat itu adalah semuanya tidak baik secara mutlak, tetapi dengan mengetahui bahawa betapa kompleksnya kehidupan orang boleh jadi, dan kemahuan disertai adab dan ilmu yang benar boleh memudahkan mengatasi suatu cabaran itu dengan mudah sekali.
Penulis : Anil Azwady bin Salleh
Penafian : Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili AkalWahyu secara keseluruhan. AkalWahyu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan fakta, tafsiran, atau implikasi yang timbul daripada artikel ini. AkalWahyu menerbitkan artikel ini sebagai ruang wacana intelektual dan perbincangan idea.


