Sejarah Kesesatan Sambutan Krismas : Dari Ajaran Pagan ke Agama Kristian

Picture of Shaikh Afiq

Shaikh Afiq

Editor AkalWahyu

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2021. Kini berkhidmat sebagai Editor di AkalWahyu.

Kongsi artikel

Isi Kandungan

Tarikh sebenar kelahiran Nabi Isa A.S. tidak pernah diketahui secara terperinci. Tiada pembuktian sejarah yang mampu diberikan bagi membuktikan Nabi Isa lahir pada 25 December.

Hal ini telah mencetuskan perdebatan panjang dalam kalangan sarjana Kristian sendiri kerana tiada petunjuk konklusif di dalam Bible yang menetapkan tarikh tertentu.

Pelbagai teori telah dikemukakan oleh sejarawan awal. Ada yang mencadangkan tarikh 28 Ogos, ada pula yang merujuk kepada 25 Pachon (kalendar Mesir Purba) iaitu sekitar 20 Mei, serta 24 atau 25 Pharmuthi yang jatuh pada 20 atau 21 April.

Bagaimana 25 Disember Dipilih?

Sejarah pemilihan 25 Disember bermula apabila Empayar Rom mula menerima agama Kristian. Raja Constantine, pemerintah Rom Byzantine memainkan peranan utama dalam proses “sinkretisme” iaitu penggabungan ajaran Kristian dengan budaya pagan masyarakat Rom demi kestabilan politik empayar.

Pada asalnya, 25 Disember adalah perayaan besar masyarakat pagan Rom bagi memuja Sol Invictus (Dewa Matahari Tak Terkalahkan) sempena kelahiran semula matahari selepas musim sejuk.

Bagi mengalihkan kiblat pemujaan rakyat daripada paganisme kepada Kristian tanpa menghapuskan budaya asal, para paderi atas restu Constantine telah melakukan adaptasi teologi. Mereka mula memanipulasi agama bagi mencapai kestabilan politik di Rom ketika itu yang menyaksikan pergelutan berlaku antara pengikut ajaran pagan dan Kristian.

Mereka menggunakan ayat daripada Kitab Malachi (4:2) yang menggelar Nabi Isa sebagai “Sun of Righteousness” (Matahari Kebenaran).

Atas persamaan simbolik “matahari” ini, mereka menyamakan kelahiran Nabi Isa dengan kelahiran Sol Invictus. Naratif ini membolehkan perayaan pagan tersebut “dikristiankan” dengan mudah.

Keraian pada 25 Disember juga dilihat oleh masyarakat Rom sebagai satu manifestasi kepada peralihan tahun baharu, kesuburan, penciptaan semula dan astronomi. Nilai-nilai ini juga telah dipupuk di dalam ajaran Kristian dalam menggambarkan kelahiran Nabi Isa pada 25 Disember.

Kemuncaknya, Pope Julius I (337-352 M) telah menetapkan secara rasmi bahawa 25 Disember adalah satu-satunya tarikh sah bagi kelahiran Nabi Isa, sekaligus mengharamkan sambutan pada tarikh-tarikh lain. Ini membuktikan bahawa sambutan Krismas pada hari ini sebenarnya berakar umbi daripada asimilasi budaya pagan, bukannya fakta sejarah kelahiran Nabi Isa A.S.

Rujukan: Muhammad Farman & Hafiz Munir Ahmed Khan. The Historicity of Christmas: An Analytical View. Al-Misbah Research Journal.

Baca Lagi

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights