Memurnikan Konsep Konspirasi: Satu Tinjauan Falsafah Ilmu Dan Realiti Politik

Picture of Admin

Admin

Kongsi artikel

Isi Kandungan

Tun Dr. Mahathir di dalam persidangan The Organization of the Islamic Conference (OIC) di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2003, mendakwa dunia hari ini dikuasai dan dibentuk oleh Yahudi mengikut acuan dan kehendak mereka. Beliau berkata:

“But today, the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them”

Perbahasan konspirasi kelompok yahudi elit, penyembah syaitan, manipulasi dan menguasai dunia lazimnya terperangkap dalam dua jawapan yang sama-sama longgar: satu pihak menolaknya sebagai teori konspirasi, pihak lain meromantisasi ke tahap yang melampau. Jurang utama dalam wacana ini biasanya kekaburan konsep, kelemahan kaedah, dan subjek dianggap tabu atau tidak ilmiah untuk dijadikan bahan kajian politik. Dari sudut realiti politik, satu perkara boleh dianggap benar pada tahap minimum tanpa perlu menjadi benar pada tahap maksimum. 

Apakah Maksud Konspirasi?

Secara mudahnya, maksud konspirasi menurut carian di Google adalah:

“A secret agreement between two or more people to plan or carry out an illegal, harmful, or unethical act, often involving wrongdoing like fraud, treason, or corruption, while keeping the plan hidden.”

Kita boleh merumuskan satu definisi operasional bahawa konspirasi adalah: Perancangan yang dilakukan secara tersembunyi dari awam untuk melaksanakan perkara tidak beretika, melanggar undang-undang, berbahaya, atau bertentangan dengan kepentingan awam.

Dengan takrif minimum ini, kes Epstein wajar dibaca sebagai contoh, kerana ia memperlihatkan mekanisma kuasa yang boleh berulang: mengugut atau mengawal individu berpengaruh melalui skandal seks dan jenayah pedofil bagi mempengaruhi keputusan, jaringan, atau akses. Di dalam kes ini adalah bagi membantu objektif Mossad dengan menjadikan titik-titik kuasa tertentu “boleh dikawal” melalui paksaan, ancaman pendedahan, atau pergantungan. Adakah ini munasabah disebut sebagai konspirasi? Jelas ianya menepati definisi ini. Wujudnya perancangan rahsia, jenayah dan manipulasi golongan elit yang bagi mempengaruhi natijah samada peringkat domestik atau politik antarabangsa yang bertentangan dengan maslahat awam. Ia adalah contoh bagaimana kuasa boleh dipacu bukan melalui sistem terbuka, tetapi juga melalui penguasaan ke atas segelintir manusia yang memegang kunci keputusan.

Namun kes Epstein hanyalah satu contoh seorang individu yang ada dalam sebuah rangkaian politik. Contoh mikro begini boleh menjadi petunjuk kepada kewujudan rangkaian, fahaman, dan sistem yang lebih luas -yang kesannya boleh menjalar melampaui sempadan negara, bahkan sampai ke tanah air. 

Hakikat Mengawal Dunia

Apabila kita berbicara tentang ‘kawalan dunia’, ia tidak patut difahami dengan makna determinisma menyeluruh setiap gerak-geri manusia, takdir, bahkan keputusan setiap hari kita ditentukan oleh kumpulan-kumpulan elit dunia. Ia sepatutnya difahami dalam rangka: “mengawal order (tatanan)”. Iaitu keupayaan membentuk aturan main, sempadan pilihan, dan had yang dianggap munasabah dalam ruang sosial-politik. Ia boleh dinilai dalam bentuk pemberian akses kepada kekayaan dan peluang; bagaimana sesuatu idea dinilai sebagai normal, sah, atau ekstrem; konflik mana diberi legitimasi dan ruang, dan konflik mana dijadikan tabu; polisi mana ditakrif sebagai realistik dan polisi mana dikeluarkan dari menu perbincangan sebagai “mustahil” atau tidak bertanggungjawab. Dengan kata lain, “kawalan” di sini adalah kawalan terhadap ruang kemungkinan —apa yang boleh difikirkan, apa yang boleh dipilih, dan apa yang boleh dilaksanakan.

Dengan makna ini, kita boleh faham dan jelas bahawa kita berada dalam sebuah ‘controlled order’ yang bukan ditentukan oleh kita. Ini bukan kerana kita tiada agensi langsung, tetapi kerana agensi-agensi ini hanya boleh beroperasi di bawah tatanan yang telah disediakan, ditapis, dan dibataskan oleh kuasa, yang tidak semestinya kelihatan.

Sebagai contoh atau cara yang lebih empirik untuk memahami “dunia dikawal oleh sebuah orde Barat–Zionis” ialah meneliti perang dan pembunuhan besar-besaran yang berterusan di Palestin hingga ke hari ini. Dalam tatanan ini, aliran senjata kepada Israel boleh berlaku sebagai transaksi yang “sah” dan normal dalam rangka perundangan serta legitimasi antarabangsa; sementara pada masa yang sama, sebarang penyaluran senjata kepada penduduk Gaza—khususnya oleh negara-negara Islam— segera dibingkaikan sebagai pelanggaran undang-undang atau ancaman keselamatan. Siapakah yang menetapkan garis larangan ini, apa kepentingan kuasa besar seperti Amerika bertindak mengikut kepentingan keselamatan Israel, apa pula yang membataskan negara Islam daripada membuat tindak tanduk di luar tatanan ini?

Dalam kerangka tatanan itu, ada perkara yang dibenarkan, dan ada perkara yang ditegah—sama ada melalui undang-undang, atau melalui adat politik (norma antarabangsa dan tekanan diplomatik) yang berfungsi seperti undang-undang walaupun tidak dinyatakan secara jelas.

Dalam konteks ini, tindakan seperti menyalurkan senjata kepada Gaza boleh ditafsir sebagai “menyokong keganasan”, lalu membuka pintu kepada sekatan dan tekanan—dalam negara dan luaran—terhadap aktor negara seperti Iran. Pada aras bukan-negara, individu atau jaringan rakyat pula berisiko diharamkan, ditangkap, atau ditindas di beberapa tempat, seperti yang berlaku di Jordan dan Tunisia, sebagai contoh. Yang penting di sini bukan sekadar tindakan itu ditegah, tetapi juga bagaimana ia dikategorikan: satu pergerakan boleh diabsahkan sebagai sah, manakala pergerakan lain ditandai sebagai jenayah—dan penandaan ini yang mengawal tingkah laku sebelum tindakan berlaku.

Fenomena yang sama dapat dilihat pada isu mobiliti: dalam konflik Ukraine, atau dalam genosid Israel sendiri, kemasukan  tentera upahan atau “sukarelawan” boleh ditoleransi, bahkan dinormalisasikan melalui rangka legitimasi antarabangsa; sedangkan dalam konteks Gaza, pergerakan keluar-masuk akan segera dikategorikan sebagai jenayah membantu jaringan keganasan, sehingga bantuan kemanusiaan pun terikat pada permit, bayaran, dan halangan birokrasi. Kawalan pergerakan, bahkan pengkategorian perjalanan sebagai keganasan itu, turut diterima dan dikuatkuasa oleh sebahagian negara Islam sendiri.

Lebih jauh, pengkategorian itu merebak ke medan pengurusan wacana: satu pendirian dinormalkan sebagai “sederhana” dan “rasional”, sementara pendirian lain diserang sebagai “ekstrem”. Ia tidak berhenti pada bahasa dan reputasi semata-mata, bahkan kepada kawalan maklumat dan media—termasuk penapisan yang jelas kelihatan di media sosial dan media arus perdana. Instrumen yang digunakan sering tampak teknikal—audit, lesen, permit, siasatan, red tape, litigasi, PR, iklan, penajaan, penapisan—namun fungsi politiknya konsisten: menapis siapa boleh bergerak, siapa boleh beroperasi, siapa boleh bersuara, dan siapa boleh bertahan.

Pola ini menunjukkan bahawa tatanan dunia bukan sekadar terjadi secara neutral, tetapi dibentuk dan diselenggara melalui manipulasi kuasa yang memihak mengikut acuan elit Yahudi, yang kemudian “diterima” oleh negara-negara termasuk negara Islam, bahkan kuasa besar seperti Amerika juga boleh terikat pada logik tatanan yang sama walaupun merugikan mereka, apabila kepentingan elit Yahudi memaksa pilihan bergerak dalam landasan yang tertentu.

Pola ini dapat diperhatikan merentas sektor, bukan terhad pada konflik bersenjata. Tindak tanduk mana-mana agensi hanya “boleh berlaku” dalam ruang lingkup yang tidak bercanggah dengan tatanan ini. Pembentukan polisi bergerak dalam sempadan yang ditetapkan; saluran kewangan menjadi mekanisme tekanan; bahkan kerangka fikir dan kerangka kajian turut dikawal. Dalam erti ini, kawalan orde bukan mengawal setiap tindakan, tetapi mengawal struktur yang mendahului tindakan—lalu membentuk pilihan bagi pemain sebelum pilihan itu sempat dibuat.

Oleh itu, bukanlah kawal itu difahami setiap takdir dunia ditentukan mengikut kehendak satu kelompok tunggal, bahkan mereka sesama sendiri juga banyak kelompok dan peselisihan. Namun ada kepentingan mereka dikongsi bersama dan mereka telah mewujudkan satu sistem yang memberi peluang dan tekanan, pengesahan dan pembatalan, mengikut kerangka yang tertentu. Inilah maksud kawalan tatanan: bukan mengawal setiap tindakan, tetapi mengawal struktur yang mendahului tindakan, sehingga pilihan pihak lain—walau kelihatan bebas—sebenarnya bergerak dalam landasan tatanan yang telah disediakan. Perkara ini tidak sama sekali menafikan bahawa terdapat banyak pemain dalam gelanggang kuasa dan umat Islam perlu mempunyai kemampuan menentukan masa depan mereka sendiri.

Pemetaan Kuasa Di Luar Kerangka Rasmi

Apakah kuasa, dan siapakah pemain yang benar-benar paling berpengaruh? Adakah parti pemerintah? Adakah konglomerat antarabangsa, atau “keluarga berpengaruh”? Jika kewujudan elit diiktiraf, maka isu utama bukan lagi “adakah elit wujud”, tetapi siapa elit itu, di mana mereka beroperasi, dan apakah fungsi mereka dalam ekologi kuasa. Adakah elit itu terbatas dalam negara, atau bersifat merentas negara (inter-state). Adakah kepentingan mereka selari dengan kepentingan kita, atau aspirasi mereka bertentangan? Jika bertentangan, maka perlu ditanya bentuk aktiviti mereka di dalam negara dan kesannya terhadap kebebasan keputusan politik?  Adakah mereka boleh mewujudkan fenomena deepstate, mampu mengekalkan corak keputusan walaupun kerajaan berganti—yakni kuasa yang bekerja melalui ketahanan struktur, bukan melalui wajah politik.

Kerana itu, pemetaan kuasa memerlukan indikator yang boleh diuji. Antara soalan diagnosis yang penting ialah: apakah polisi yang jelas baik untuk kepentingan awam, tetapi tetap disekat walaupun kerajaan bertukar? Jika halangan itu konsisten, maka ada kemungkinan ia bukan kegagalan biasa, tetapi hasil tekanan struktur. Begitu juga: mengapa undang-undang penuh “loophole” untuk industri tertentu? Jika kelompongan itu berulang dan memihak pihak yang sama, maka ia menunjukkan reka bentuk peraturan yang tidak neutral. Dan mengapa penguatkuasaan tidak pernah berlaku pada isu tertentu? Ia boleh menunjukkan indikasi yang tertentu.

Ini adalah antara contoh persoalan bagi mengenalpasti pihak yang mempunyai pengaruh dan kuasa bagi mengawal natijah politik. Merungkai sebahagian perkara ini, akan mengubah wacana “konspirasi kuasa” kepada peringkat kajian yang lebih jelas dan dibincangkan secara sistematik dalam framework yang betul. 

Ontologi Dan Framework Politik Islam

Perbincangan tentang orde kuasa global sepatutnya menjadi pencetus untuk menilai semula ontologi dan kerangka (framework) politik kita—kerana krisis umat bukan sekadar krisis tindakan, bahkan termasuk juga krisis dalam cara pandang. Apakah yang dimaksudkan dengan “kita”? Siapakah kita? Apakah identiti politik umat Islam, siapakah pula musuh kita? Betulkah cara kita melihat politik kita selama ini? Apakah aspirasi politik kita?  Adakah sekadar basmi rasuah, kebersamaan dan kesamarataan hak rakyat atau wujudkah sebenarnya aspirasi politik bagi membangun kekuatan umat Islam? Jika benar aspirasi kita ialah membangun kekuatan umat, apakah program dan agenda pembangunan kekuatan yang telah kita terjemahkan? Apa pula kuasa-kuasa yang ada yang menghalang agenda pembangunan kuasa kita?

Satu perkara yang baik dalam perbincangan baru-baru ini adalah persetujuan bahawa wajib bagi kita membangunkan kembali kekuatan umat Islam dan kesedaran di sana terdapat elit atau kelompok berkepentingan yang  menghalang perkara ini. Namun, untuk membangun kekuatan ummah, ia sepatutnya bermula pada tahap yang lebih asas, dengan mengubah ontologi politik, kesedaran terhadap diri, kesedaran sejarah dan kesedaran realiti. Ianya akan membentuk framework yang tersendiri dan berdasarkan acuan ilmu yang betul, justeru ia  memastikan projek politik umat Islam berlaku secara betul. 

Kerangka fikir yang digunakan oleh sebahagian besar umat Islam sebenarnya telah dibentuk atau dipengaruhi oleh musuh yang menjajah negara Islam sendiri dan mengawal tatanan dunia hari ini. Perangkap fikir ini akhirnya mempengaruhi tindakan, menjadikan projek politik umat caca merba, dan kadangkala mengukuhkan kuasa musuh mereka sendiri.  

Wallahua’lam

وصلى الله على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم والحمد لله رب العالمين

Penulis : Ustaz Zaid Z Rashid, Institut Ulama al-Juwaini
https://www.facebook.com/zaid.z.rashid

Penafian : Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili AkalWahyu secara keseluruhan. AkalWahyu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan fakta, tafsiran, atau implikasi yang timbul daripada artikel ini. AkalWahyu menerbitkan artikel ini sebagai ruang wacana intelektual dan perbincangan idea.

Dapatkan buku pemikiran & falsafah PEMIKIR :
Ancaman Pemikiran Pascamoden
Dikotomi Ilmu dalam Pendidikan
Membongkar Kesesatan Falsafah Zionisme

Baca Lagi

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights