Pendahuluan
Dunia sekali lagi dikejutkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza oleh penjajah Israel. Pembunuhan beramai-ramai atau genosid adalah jenayah kemanusiaan yang besar namun helah serta propaganda Israel menyatakan kononnya mereka mempertahankan diri daripada pejuang pembebasan al-Qassam. Serangan subuh al-Qassam pada 7 Oktober 2023 lalu dijadikan lesen oleh penjajah Israel untuk melantak luluhkan Gaza melalui siri-siri pengeboman yang amat dahsyat. Tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan ini mengorbankan lebih 20 ribu orang penduduk Gaza (sehingga artikel ini ditulis) dan majoriti mangsanya adalah kanak-kanak yang tidak berdosa. Lebih mengecewakan tiada tindakan atau tekanan antarabangsa kepada Israel atas kekejaman ini. Sebaliknya tindakan ini mendapat restu kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Melalui sekutu mereka ini, bantuan bernilai puluhan ribu billion dollar dan senjata dibekalkan terhadap jenayah kemanusiaan yang paling memalukan pada abad ini.

Genosid Dalam Sejarah Manusia Moden
Sehingga Perang Dunia ke-2, fenomena pembunuhan beramai-ramai disebut sebagai ‘jenayah tanpa nama’ oleh Perdana Menteri British, Winston Churhcill. Kemudiannya, Rapheal Lemkin (1959) seorang ahli undang-undang berbangsa Yahudi telah mengutarakan perkataan genosid (genocide) bagi mentakrifkan tragedi Holocaust. Setelah itu genosid ditakrifkan sebagai pembunuhan atau penghapusan secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum. Jenayah ini telah berlaku berulang kali dalam catatan sejarah manusia melibatkan jumlah korban yang menakutkan. Menurut kajian pengkaji genosid, Adam Jones (2006) tragedi kemanusiaan ini pernah berlaku di hampir di seluruh dunia, pada setiap era. Namun begitu tidak ramai yang mengetahui bahawa peristiwa hitam ini pernah berlaku pada nenek moyang mereka atau negara yang mereka diami. Terdapat sesetengah pihak menggunakan isu genosid untuk kepentingan politik sama ada dengan menjadi mangsa dengan tujuan meraih simpati dunia antarabangsa ataupun sebagai pemangsa yang ingin menghapuskan musuh politik dan mengubah struktur sosial.
Rata-rata masyarakat dunia mengetahui perisitiwa Holocaust terhadap bangsa Yahudi di Eropah sewaktu pemerintahan Nazi hasil dari kempen dan propoaganda Yahudi yang tidak pernah berhenti. Sebenarnya terdapat banyak lagi kes genosid yang dilupakan atau tidak diketahui umum. Antara insiden yang baru sahaja terjadi pada tahun 2016 adalah penghapusan etnik Rohingya oleh Rejim Myanmar. Dianggarkan 40 ribu nyawa muslim Rohingya terkorban dalam tragedi ini. Tragedi genosid Bosnia juga turut terkenal di mana ia mengorbankan lebih 150 ribu nyawa dan mengubah peta dan komposisi sosial Bosnia untuk selama-lamanya. Begitu juga dengan tragedi yang berlaku di Timur Timor, Indonesia yang mengorbankan lebih 190 ribu nyawa.

Kerancuan Berfikir membawa kepada Genosid
Tidak dapat disangkal lagi bahawa genosid adalah satu jenayah kemanusiaan kerana sanggup membunuh manusia dalam jumlah yang besar. Allah mengangkat tinggi darjat dan kemuliaan insan dalam isu nyawa di mana perbuatan membunuh seseorang seolah-olah telah membunuh manusia semuanya (Al-Quran 5:32).Sedangkan membunuh satu nyawa sudah besar hukumannya apatah lagi jenayah genosid yang membunuh jutaan nyawa manusia. Namun persoalannya apakah yang menyebabkan pelaku mempunyai kesanggupan dan kemampuan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap mangsanya? Bagaimanakah pelakunya mampu membunuh secara massal dan kemudiannya pulang ke pangkuan keluarga untuk hidup aman damai seperti biasa? Atau adakah mereka tidak memandang mangsanya adalah manusia yang sama taraf kehidupan dengannya? Persoalan-persoalan insaniah ini timbul apabila kita melihat berita-berita berkenaan dengan genosid seperti yang berlaku di Gaza. Tentera penjajah Israel dan majoriti rakyatnya tidak berdukacita dengan pembunuhan yang dilakukan malah meraikan perbuatan mereka. Bagaimanakah ‘ketidak-warasan’ mampu wujud secara kolektif, tersusun dan resonans?
Fenomena ‘ketidak-warasan’ pada pelaku dan penyokong jenayah kemanusiaan ini boleh diungkap sebagai “minda genosid”. “Minda genosid” boleh diertikan sebagai satu pemikiran yang resonans terhadap idea penghapusan satu-satu kumpulan manusia. Perkara ini terzahir dengan tiga peringkat iaitu pelaku dan perancang genosid, penyokong usaha genosid dan para neutralis serta pragmatis yang tidak menyokong tetapi tidak menghalang jenayah ini. Di setiap peringkat ini terjadi kerancuan berfikir yang menghasilkan tahap keseriusan tindakan-tindakan mereka. Secara tuntas, minda genosid ini berpunca daripada kerancuan berfikir pelaku atau penyokong genosid.
Kerancuan Berfikir
Apakah itu kerancuan berfikir? Kerancuan berfikir adalah satu keadaan berfikir yang sistematik namun menyimpang daripada rasional sekaligus bertentangan dengan kebenaran. Dalam kes jenayah genosid, bias merupakan punca utama kerancuan berfikir. Pelaku dan penyokong yang berminda genosid seringkali selektif dalam mengambil maklumat yang memihak kepada kehendak serta nafsu mereka. Lebih menakutkan bias bersifat ekstrem ini mematikan sifat empati dan manusiawi mereka lalu membawa kepada tindakan yang salah dalam tindakan.
Ramai pengkaji membincangkan punca genosid dari sudut geopolitik, politik dalaman, ekonomi, tekanan sosial dan sebagainya. Namun begitu punca terbesar jenayah ini adalah pada kerancuan berfikir pelaku dan penyokongnya kerana kerancuan berfikir akan membawa kepada pembentukan satu kepercayaan kukuh yang menyeleweng. Kepercayaan inilah yang akan melahirkan neraca nilai kepada pelaku dan penyokong genosid yang seterusnya membenarkan perbuatan mereka. Justeru perbuatan pelaku dan penyokong ini tidak lain hanyalah penzahiran nilai dan akhlak yang sebati dalam diri mereka. Perbuatan zalim mereka membunuh secara besar-besaran amat kecil perkaitannya dengan desakan luar sebaliknya merupakan kehendak mereka secara kolektif dari idea salah namun diterima secara bersama.
Dalam setiap kes genosid pasti akan berlaku penyah-insanan atau dehuminasasi (dehumanization) terhadap kumpulan yang ingin dihapuskan. Dehuminsasi ini merupakan bias paling ekstrem apabila neraca untuk mentakrifkan manusia tidak dipakaikan kepada satu-satu kelompok hingga menyebabkan golongan itu terkeluar pengertian manusia. Dengan kata lain mereka menghilangkan atau mengurangi sifat kemanusiaan satu-satu kelompok tersebut hingga tidak lagi tergolong sebagai manusia. Hal ini merupakan salah satu contoh dan juga bukti bagaimana kerancuan pemikiran mencetuskan jenayah genosid. Misalnya dalam kes Holocaust, Nazi German menyamakan bangsa Yahudi sebagai haiwan perosak (tikus, lipas dll). Justeru tindakan mereka membunuh bangsa Yahudi dianggap sebagai satu khidmat kepada kemanusiaan kerana membasmi perosak-perosak kepada dunia. Hal ini turut terjadi dalam kes penghapusan etnik Rohingya di Arakan. Pimpinan pelampau Buddha, Sitagu Sayadaw menakrifkan muslim Rohingya sebagai separa manusia yang memberi lesen untuk mereka dibunuh.
Namun ironinya beberapa dekad kemudian Zionis dan pengikutnya pula menyamakan penduduk Gaza sebagai makhluk yang lebih rendah dari haiwan. Perkara ini tidak mengejutkan kerana memang sudah menjadi ajaran Talmud bahawa mereka adalah bangsa terpilih dan bangsa lain merupakan goy atau goyim. Frasa “Hanya Yahudi adalah manusia dan goyim bukan manusia tetapi haiwan” (Only the Jews are human, whereas the non-Jews are not human beings, but animals) sememangnya termaktub dalam kitab Talmud mereka dan menjadi akar kepada bias melampau mereka. Maka tidak hairanlah para pelaku genosid tanpa belas kasihan mampu melakukan kekejaman yang tidak mungkin dapat diterima oleh fitrah manusia. Bagi mereka melakukan mengebom sekumpulan manusia tidak ada bezanya dengan membunuh kumpulan lipas dan haiwan perosak. Apatah lagi apabila pemikiran ekstrem Zionis meletakkan penduduk Gaza lebih rendah darjatnya dari lipas dan tikus.
Penutup
Mitos bahawa Barat adalah sebuah kumpulan bangsa yang mengagungkan rasional seharusnya ditamatkan seiring dengan tamatnya perang di Gaza. Apa yang terjadi di Gaza sekarang bukan sahaja menunjukkan sikap hipokrit dan pengkhianatan Barat terhadap kemanusiaan, namun juga membuka pekung di dada betapa dangkalnya mereka dalam berpegang dengan kerasionalan. Barat sering berbangga bahawa mereka adalah bangsa yang rasional mutlak, tetapi rasional apakah yang menyebabkan Barat menyokong genosid terhadap penduduk Gaza? Penjajah Israel dan sekutunya jelas berminda genosid dan mereka sedang berhalusinasi dalam kerancuan pemikiran mereka sendiri. Seharusnya umat Islam harus menginsafi peristiwa ini dari semua sudut termasuklah intelektualisme di mana umat Islam harus kembali mengemudi pemikirannya sendiri jauh dari pengaruh Barat. Hampir 100 tahun umat Islam masih lagi dibayangi dengan mitos ketinggian rasional Barat, sudah tiba masanya untuk kita mengangkat obor rasional sebenar dan tertinggi iaitu kerasionalan yang berpadu akal-wahyu padanya.
Aulia Rahman Bin Zulkarnain
Penyelidik PEMIKIR