“Semua manusia ada filsuf”
Bila kita membicarakan Antonio Gramsci, sudah ia merupakan sosok yang masyhur dalam nuansa kebudayaan. Gramsci merupakan sang filsuf yang cukup ‘menggigit’ dan ‘mematok’ disebabkan ianya menjadi sang pahlawan ‘akal’ dari sudut-sudut kehidupan. Meskipun hidup sosok ini begitu sederhana dan hidup dalam lingkungan petani, tetapi beliau tetap berjaya di ‘menara gading’ walaupun kesihatan kian merundum, kekurangan makanan dan bekerja lebihan dalam setiap masa. Namun, itu tidak menjadi penghalang buat beliau untuk menjadi ‘raksasa’ intelektual yang sejati dalam ranah pendidikan.
Bagi sosok Gramsci, ‘cendekiawan’ adalah sebagai kelas yang independent sehingga memiliki kategori sosial hanyalah mitos. Justeru, pada dasarnya semua manusia adalah ‘cendekiawan’ yang mana di sini dapat diertikan sebagai manusia itu menggunakan kepandaiannya. Namun, tidak semua cendekiawan ini berfungsi sebagai masyarakat, seperti mana Gramsci bernada “All men are intellectuals, but not all men have in society the function of intellectuals,”. Jadinya, kaum cendekiawan ini menjadi dua (2) pilar, yakni cendekiawan professional dan cendekiawan organik. Bagi cendekiawan professional, jika ditelusuri pada dasarnya adalah mengikuti tradisi intelektual, yang sudah ada seperti ahli sastera, ilmuwan dan lain-lain. Mereka ini tinggal di ‘menara gading’ dan memiliki semacam aura elite. Seterusnya, bagi cendekiawan organik pula adalah dari kelas sosial ‘akar rumput’ yang mahu berfikir dan berorganisasi. Mereka boleh bekerja dalam pelbagai bidang apapun, namun berfungsi sebagai penggerak idea bagi kelas bawahan. Jadinya, pemilihan ini dari falsafah ada dua jenis cendekiawan, yang berkaitan dengan konsep Gramsci, yakni ‘semua manusia adalah filsuf’.
Pembentukan Kecendekiawan
Bagi Gramsci, terdapat dua bahagian utama untuk pembentukan kecendekiawan ini yang begitu penting bagi sosok ini kerana ia menjadi satu ‘patokan’ dalam ranah kehidupan. Pembahagian ini membantu menjelaskan peranan dan fungsi cendekiawan dalam masyarakat, khususnya dalam memahami hubungan antara kelas sosial dan penghasilan idea. Dengan itu, untuk idea pertama, setiap kelompok sosial yang wujud ini daripada aktiviti ekonomi akan, melahirkan golongan cendekiawan mereka. Di sini ia bermaksud sebagai petani, pekerja, pekerja kilang, atau peniaga yang mana akan individu yang membantu berfikir, yang memberikan panduan menyusun idea untuk kelompok tersebut. Golongan ini begitu penting bagaimana orang lain akan memahami dunia. Sebagai contoh, dalam sektor industri, akan ada muncul orang yang memainkan peranan yang penting, yakni ahli ekonomi, pengurus dan lain-lain lagi untuk berfikir bagaimana perkembangan sistem tersebut.
Jika ditilik selintas, bagi idea kedua, sosok Gramsci berpendapat bahawa apabila berlaku dalam sistem ekonomi, akan muncul cendekiawan baru. Setiap perubahan akan membawa cara berfikir yang baru. Contohnya, zaman feudal (zaman sistem pemerintahan yang berasaskan raja dan golongan bangsawan) cendekiawan agama lebih berperanan manakala zaman moden ini atau kapitalis muncul saintis dan ahli ekonomi. Hal ini juga menunjukkan bahawa perubahan ekonomi akan melahirkan jenis cendekiawan yang berbeza mengikut zaman.
Bagi Gramsci, bagaimana membezakan cendekiawan dan non-cendekiawan ini boleh ditelusuri melalui pada fungsi sosial dari kategori profesional. Secara sederhana, ini boleh ditilik apakah mereka ini banyak menggunakan ‘otot’ atau ‘otak’. Di sini orang yang mengandalkan otot tidak boleh dimasukkan dalam kategori cendekiawan, padahal setiap orang yang mengandalkan kerja otot sekalipun tetap harus menggunakan otak untuk sampai ke titik tertentu. Alkisah, Julia Caesar membuat suatu pembentukan tradisional Romawi dan cendekiawan organik boleh ditelusuri dari dua bahagian. Pertama-tamanya, pemberian status kewarganegaraan Rom membolehkan golongan cendekiawan memiliki rumah dan harta di wilayah kekuasaan tersebut. Kedua, pemerintah Rom menjemput cendekiawan dari seluruh dunia untuk menetap di kota Rom. Melalui pendekatan ini, mereka dimobilisasikan secara berpusat dalam skala besar bagi melaksanakan penyeragaman pembangunan fizikal dan budaya di seluruh wilayah kekuasaan Rom.

Kritik Gramsci terhadap Sistem Pendidikan Moden
Gramsci mengkritik reformasi pendidikan Gentile dengan menunjukkan praktiknya yang tidak berkualiti. Justeru, di sini ia bernada;
“Memang benar kita perlu menentang sistem lama pendidikan, namun upaya untuk mereformasinya ternyata tidak sederhana yang diduga. Masalahnya, bukan model kurikulum mana yang terbaik, melainkan manusia itu sendiri tapi juga sebagai seluruh jaringan sosial yang kompleks yang mereka ekspresikan”.
Kecenderungan pendidikan masa kini, khususnya di sekolah, dilihat kurang menguntungkan. Hal ini kerana sistem pendidikan cenderung sama ada memenuhi keperluan semasa secara langsung atau sekadar menumpukan kepada pembentukan sahsiah semata-mata. Keadaan ini berpotensi melahirkan murid yang kurang bersedia menghadapi cabaran masa depan. Oleh itu, penyelesaian terhadap krisis ini dapat dirumuskan kepada empat (4) pilar utama:
- Pendidikan bukan hanya sekadar bagi ilmu, tetapi ia mestilah menjadi mereka itu lebih ‘kritis’ dan ‘merdeka’ yang mempunyai inti-inti dan bumbu-bumbu nilai akhlak, dan sikap baik. Ia perlu dimulakan sejak kecil agar membetuk peribadi yang baik.
- Pendidikan perlu melahirkan manusia yang bukan hanya pandai akademik, tetapi juga sihat fizikal, jasmani, rohani dan sosial.
- Ketika seseorang sambung diperingkat lebih tinggi, mereka perlu diajar dengan kritis dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
- Pendidikan tinggi di universiti menjadikan seseorang fokus kepada ilmu secara sistematik dan melahirkan pakar atau profesional.
Renaisans dan Reformasi
Setelah membincangkan kritik Gramsci terhadap sistem pendidikan moden, adalah penting untuk menilik bagaimana beliau menilai dua gerakan besar dalam sejarah Eropah, iaitu Renaisans dan Reformasi. Kedua-duanya membentuk corak pemikiran dan struktur sosial yang kemudian menjadi latar kepada idea hegemoni dan kecendekiawanan. Jika ditilik secara selintas, bagi Gramsci, Renaisans merupakan ekspresi budaya daripada suatu proses sejarah yang melahirkan kelas cendekiawan baharu di Itali dengan dimensi Eropah. Kelas ini terbahagi kepada dua cabang, di mana cabang pertama mengusung fungsi kosmopolitan di Itali, berhubung dengan institusi Kepausan, serta bercirikan reaksioner (kolot/konservatif). Yang kedua, ia terbentuk diluar Italia dari para buangan politik dan religius (agama), dan mengusung fungsi kosmpolitan di berbagai negeri tempat mereka. Jadinya, perspektif kunci Gramsci iaitu, gagalnya borjuasi komunal Italia untuk melampaui fase ‘ekonomi korporat’ dan penciptaan negara dan bangsa keterbelakangan historis tertentu Italia.
Dalam kerangka pemikiran Antonio Gramsci, istilah reformasi merujuk kepada penekanan terhadap penyertaan rakyat yang menjadi ciri utama Lutheranisme dan Calvinisme sebagai perbandingan kepada sifat elitis Renaisans. Fokus utama dalam konteks ini, Gramsci ialah Risorgimento, iaitu proses penyatuan wilayah di Semenanjung Itali bagi membentuk sebuah negara bangsa yang merdeka, yang berlangsung sekitar tahun 1750 hingga 1870 dan mencapai kemuncaknya dengan penubuhan kerajaan Itali di bawah pemerintahan Victor Emmanuel II sebagai raja pertama. Selain itu, Gramsci turut menilai peranan Jacobin sebagai “pemerintah moden”, dengan menekankan keupayaan mereka mewujudkan hubungan organik antara bandar dan luar bandar melalui pengorganisasian persetujuan dalam kalangan petani sebagai asas pembentukan hegemoni politik.
Revolusi pasif adalah satu prestasi dari pemikiran politiknya. Istilah ini awalnya dibuat Vincenzo Cuoco untuk menggambarkan minimnya partisipasi massa dalam revolusi Neopolitan 1799, kerana dilakukan oleh pihak luar. Lenin juga pernah menulis istilah di dalam bukunya yang berjudul Krisis Menshevisme (1906). Namun demikian, tiada bukti bahawa Antonio Gramsci pernah membacanya secara langsung. Justeru, proses tersebut dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama, revolusi yang tidak melibatkan penyertaan massa kerana digerakkan oleh kekuatan elit, sebagaimana yang dapat dilihat dalam Risorgimento dan kedua, transformasi sosial yang bersifat “molekular”, iaitu perubahan yang berlaku secara perlahan dan tersembunyi di bawah permukaan masyarakat.

Epilog
Sebagai tuntas, dapatlah dikatakan bahawa pemikiran sosok Gramsci memperlihatkan bahawa hegemoni bukan sekadar dominasi politik atau ekonomi, tetapi suatu proses kompleks yang melibatkan persetujuan sosial melalui kebudayaan, idea, dan institusi. Dalam kerangka ini, sejarah tidak lagi dilihat sebagai satu ‘patokan’ kepada rangkaian peristiwa yang bersifat deterministik, tetapi sebagai medan perjuangan antara pelbagai kekuatan sosial yang sentiasa berubah. Kebudayaan memainkan peranan penting sebagai alat pembentukan kesedaran, di mana nilai, norma, dan ideologi dominan disebarkan serta diterima sebagai sesuatu yang “semula jadi”.
Melalui konsep ini, sosok Gramsci menekankan bahawa perubahan sosial tidak hanya bergantung kepada revolusi secara langsung, tetapi juga melalui “perang posisi” yang berlaku dalam ruang intelektual dan budaya. Golongan intelektual organik menjadi agen penting dalam mencabar hegemoni sedia ada dan membina kesedaran kritikal dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perjuangan untuk keadilan sosial memerlukan usaha berterusan dalam membentuk naratif alternatif yang mampu menyaingi dominasi ideologi arus perdana.
Pada akhirnya, analisis falsafah Gramsci mengajak kita memahami bahawa kuasa sebenar tidak hanya terletak pada paksaan, tetapi pada keupayaan mempengaruhi cara manusia berfikir dan mentafsir realiti. Dalam konteks kontemporari, pemikiran ini kekal relevan untuk menilai bagaimana media, pendidikan, dan budaya popular membentuk hegemoni moden. Justeru, kesedaran kritikal dan penglibatan aktif dalam wacana budaya menjadi kunci untuk membina masyarakat yang lebih adil dan seimbang.
Rujukan
- Antonio Gramsci. (2026). Persoalan-persoalan Sejarah dan Kebudayaan: Catatan dari balik penjara. Yogyakarta: IRCiSoD.
Penulis
Dr. Mohamad Azizie Nordin, Pensyarah Jabatan Multimedia Kreatif & Komputeran (FMI)
Media sosial: Jiji Vsop (Facebook) jijivsop (Instagram)
Profesor Madya Dr. Saiful Akram Che Cob, Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (UiTM Puncak Alam)
Media sosial: Akram Ghafar (Facebook) comradekomisar (Instagram)
Penafian : Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili AkalWahyu secara keseluruhan. AkalWahyu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan fakta, tafsiran, atau implikasi yang timbul daripada artikel ini. AkalWahyu menerbitkan artikel ini sebagai ruang wacana intelektual dan perbincangan idea.


