Tamadun Barat yang Menjijikkan: Di Sebalik Wajah ‘Bertamadun’

Picture of Admin

Admin

Kongsi artikel

Isi Kandungan

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ruang maya dipenuhi dengan perbincangan mengenai pendedahan dokumen dan fail berkaitan kes Jeffrey Epstein. Satu kes yang pada peringkat awalnya terkait dengan pediophile (tarikan seks terhadap kanak-kanak pra-baligh sekitar umur 13 tahun ke bawah). Namun, pendedahan kali ini ianya sedikit berbeza kerana dunia telah dipertontonkan dengan beberapa sisi gelap tamadun Barat antaranya pembunuhan, kanibalisme, penjualan hamba seks, ritual-ritual pelik serta perancangan kumpulan elit dalam usaha membentuk dunia dari kaca mata mereka.

Dunia ketika ini mula bertanya-tanya tentang ‘kehebatan’ tamadun Barat ini yang kononnya tersimpan makna ‘peradaban’, ‘ketamadunan’ dan ‘kemajuan’. Dunia seolah-oleh sedang melihat sisi sebenar tamadun ini yang menyaksikan ianya terbina dari satu kejahatan yang disembunyikan. Berita-berita yang muncul bukan sahaja menjijikkan dari sudut moral, tetapi ianya juga menunjulkan apakah intipati sebenar kepada pemikiran dan tindakan yang melatari ‘elit-elit dunia’ yang disebut di dalam kes ini.

Selama puluhan tahun, Barat dipersembahkan sebagai mercu tanda kemodenan. Mereka mendefinisikan apa itu hak asasi manusia, apa itu kebebasan, apa itu kemajuan dan siapa yang layak dilabel ‘bertamadun’ atau ‘mundur’. Namun, pendedahan demi pendedahan yang muncul sama ada melalui dokumen mahkamah, laporan saksi atau rekod hubungan sosial memperlihatkan satu ironi yang menjijikkan.

Antara kes yang menjadi sebutan di dalam file ini adalah kes rogol yang melibatkan beberapa pimpinan Amerika Syarikat seperti George Bush dan Donald Trump (kes rogol Katie Johnson), pembunuhan dan menjadikan manusia sebagai hidangan bagi sesuatu ritual dan seksaan terhadap kanak-kanak serta perancangan bagi menggulingkan beberapa kepimpinan dunia yang cuba mengganggu-gugat dominasi kumpulan elit ini di dunia.

Semua ini hanyalah setitik dalam lautan apa yang telah didedahkan dan menyebabkan kegemparan di seluruh dunia mengenai mereka yang memerintah dunia dan ramai sekali personaliti terkenal yang terlibat.

Bahkan sudah pasti apa yang tersembunyi itu lebih besar! Apakah peranan kita selepas berita ini didedahkan? Sekadar hairan? Sekadar rasa meluat?

Tidak. Sama sekali tidak.

Dokumen-dokumen yang diterbitkan setakat ini telah mencetuskan kegemparan besar. Kewajipan kita terhadap pendedahan ini ialah:

1) Membicarakan skandal ini secara umum dalam kalangan umat Islam khususnya di hadapan generasi muda agar mereka semakin jijik terhadap pemujaan “berhala” Barat dan semakin bangga dengan agama Islam serta syariat Allah.

Umat Islam wajib menegakkan akidah dan mendaulatkan syariat Allah bagi mengeluarkan manusia daripada perhambaan yang menjijikkan ini. Meletakkan syiar Islam sebagai kemuncak kepada kebahagian dunia yang hakiki. 

2) Mendedahkan mereka yang menjadikan Barat sebagai berhala dan tuhan.

Khususnya dalam kalangan golongan sekular,liberal dan yang seumpama dengan mereka daripada kalangan yang tunduk kepada Barat agar umat Islam keluar daripada kejijikan dunia yang diperintah oleh mereka yang menindas golongan beriman.

Bayangkan, tokoh-tokoh yang menjadi watak utama dalam skandal ini jugalah yang selama ini dipandang sebagai pihak yang menentukan kepada dunia tentang apa yang benar dan apa yang salah. Mereka lantang melabel ummah yang bangkit mempertahankan akidah, tanah dan maruah sebagai pengganas serta penjenayah.

Mereka lantang menyuarakan : “Individu ini penjenayah” “Gerakan ini pengganas”

Sedangkan mereka “syaitan” sebenar yang merosakkan dunia pada hari ini dengan undang-undang ciptaan mereka lalu menindas golongan yang beriman.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka:

“Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi,”

Mereka menjawab:

“Sesungguhnya kami hanyalah orang-orang yang melakukan pembaikan.”

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang melakukan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Penulis : Hairul Anuar Bin Mahat, Doktor Perubatan
https://www.facebook.com/ibnumahat

Penafian : Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili AkalWahyu secara keseluruhan. AkalWahyu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan fakta, tafsiran, atau implikasi yang timbul daripada artikel ini. AkalWahyu menerbitkan artikel ini sebagai ruang wacana intelektual dan perbincangan idea.

Baca Lagi

Scroll to Top
Verified by MonsterInsights